Dr. Ibrahim Ali
Dr. Ibrahim Ali

 KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak kerajaan agar membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tanpa perlu membuat kajian lagi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, projek tersebut boleh dianggap gila kerana ia bukan keutamaan kerajaan sekali gus akan menjadi beban pada masa akan datang.

Beliau menjelaskan, ECRL dilihat tidak memberi manfaat besar kepada rakyat terutama di Kelantan selain selain kos yang sangat tinggi dan berubah-ubah.

“Sebagai anak Kelantan, saya mendesak kerajaan batal sahaja ERCL. Ini kerajaan sekarang merupakan pembangkang sebelum ini turut membantah projek tersebut, jadi buat apa hendak kaji lagi.

“Kos projek ini bukan sahaja tinggi malah berubah-ubah. Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kos berjumlah RM55 juta. Lepas itu RM67 bilion.

“Namun Tun Daim Zainudddin (Pengerusi Majlis Penasihat Negara) baru-baru ini mendedahkan pula itu baru kos fasa pertama dan kos fasa kedua berjumlah RM11 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya menaiktaraf rel keretapi yang sedia ada dan tidak perlunya kemudahan keretapi laju.

Jelas beliau, kemudahan lebuhraya sudah memadai buat rakyat cuma dipanjangkan lagi Lebuhraya Pantai Timur Kelantan.

“Esok bila sudah siap berapa pula harga yang dikenakan? Tidak mungkin harga tiket RM30 ke RM40 dan dianggarkan mencecah RM200. Kalau begitu lebih naik pesawat AirAsia dan FireFly.

“Harga RM200 untuk seorang dan bagaimana jika satu keluarga ada lima orang? Padahal kos minyak dari Kelantan ke Kuala Lumpur baru RM200,” terangnya.

Sementara itu, Ibrahim turut memaklumkan masih lagi memegang jawatan Presiden berikutan  Ahli Dewan Tertinggi menolak surat peletakan jawatan yang dihantar tiga minggu lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.