Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bercakap pada sidang media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2018
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bercakap pada sidang media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pakar akan dirujuk bagi menentukan nilai barangan kemas dan jam tangan berjenama yang dirampas oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau akan berjumpa dengan pakar terbabit pada minggu hadapan.

“”Kami juga sedang berbincang dengan pihak jenama terkemuka dunia Hermis Berkin dan akan menghantar foto beg tangan berjenama yang dirampas untuk diverifikasi kerana majoritinya jenama Paris untuk ketulenan (authentification),” kata katanya pada sidang media mengenai 1MDB di sini hari ini.

Menurut Amar Singh, kesemua barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama itu dirampas daripada 12 premis di 12 lokasi berlainan sejak 18 Mei lalu

Katanya, ia adalah 72 beg daripada 284 kotak yang ditemui di premis premis berkenaan.

Tambah tambah beliau, daripada 72 buah beg yang diranpas itu, sebanya 35 buah beg mengandungi wang tunai manakala baki 37 buah beg mengandungi barangan kemas dan jam pelbagai jenama.

“Semenjak 21 Mei sehingga 23 Mei lalu, pasukan kami menjalankan pemeriksaan ke atas beg-beg tersebut namun kami tidak dapat memberikan jumlah tepat rampasan kerana bilanganya agak banyak.

“Daripada 72 beg berjenama yang dirampas, 35 buah beg mengandungi wang tunai dan kami telah mengira sejak 21 hingga 23 Mei lalu untuk membuat anggaran jumlah wang itu.

“Maka saya mengesahkan jumlah wang tunai ialah RM114 juta melibatkan 26 mata wang asing yang mana kebanyakannya mata wang ringgit Malaysia dan dolar Singapura selain dolar Amerika,” katanya.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata, bagi penentuan jumlah mata wang yang dirampas itu pihaknya telah mendapatkan khidmat pihak berkecuali dan Jabatan Pengurusan Mata Wang Negara Bank Negara Malaysia (BNM).

Tambah beliau, sepanjang tiga hari lalu sebanyak 11 mesin pengira wang telah digunakan dengan 21 pegawai BNM membantu polis.

“Kami juga masih siasat jumlah wang yang terlibat dalam 1MDB dan kami setakat ini belum belh kaitkan sama ada kesemua rampasan ini ada kaitan atau milik Najib atau sebaliknya sehingga siasatan selesai,” ujar beliau.

Sementara itu, Amar Singh berkata, polis juga menemui wang tunai sebanyak RM500,000 di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta.

Tambah beliau, daripada tiga premis di Kondominium Pavilion di Jalan Raja Chulan yang diserbu, dua premis adalah milik anak lelaki dan perempuan Najib dan sebuah lagi premis tidak berpenghuni.

Amar Singh mengesahkan premis yang tidak berpenghuni itu milik individu bergelar Datuk.

“Polis juga ada rampas 150 beg dari premis anak perempuan Najib dan apabila semuanya selesai disiasat kita akan panggil anak Najib dan juga Najib untuk dirakam keterangan,” katanya. – MalaysiaGazette