Dira Abu Zahar.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar menyifatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang wakil rakyat yang berperangai kebudak-budakan.

Ia ekoran langkah Ahli Parlimen Muar itu yang memuat naik status di Twitternya menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pasukan Liverpool ekoran kekalahan yang dialami ketika bertemu pasukan Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara malam tadi.

Menerusi Twitternya Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar menulis; “Yang berhormat? Or more like Yang budak-budak”.

Bagaimanapun, status Dira itu ditemplak pengikutnya apabila menganggap langkah tersebut sebagai hak Ketua Armada PPBM itu.

Status Dira di Twitter menyindir Syed Saddiq mengenai kekalahan 3-1 pasukan Liverpool dengan Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung malam tadi.

Antara pengikut yang menyindir Dira berhubung statusnya itu ialah Che Mat apabila menulis; “Rakyat dah pilih dia..dia pun tiga kali asian best debater..ko ada ker?

Malam tadi Syed Saddiq menerusi Twitternya secara berseloroh menulis; “Saya sarankan SPRM siasat keeper Liverpool. Hahahahaha.

Sambil meletakkan bersama emoticon menjelir lidah dan simbol peace, status Syed Saddiq itu telah menarik perhatian netizen yang merupakan pengikutnya. – MalaysiaGazette