Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila menyatakan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh ketika ini.

Malah, beliau turut melahirkan kehairanan terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu kerap mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan krisis serta negara berkemungkinan muflis.

“Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar daripada kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum PRU-14, kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh.

“Cuma dua minggu lebih sahaja (sudah berubah)?,” soalnya menerusi posting di Facebook rasminya.

Najib turut menyertakan pautan portal berita The Star yang melaporkan kenyataan Guan Eng, kelmarin, apabila menegaskan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun perlu penambahbaikan bagi keadaan fiskal semasa. – MalaysiaGazette