Uqasha Senrose ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya.
Uqasha Senrose ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya.
KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu keputusan laporan kimia dari Hospital Kuala Lumpur untuk melengkapkan kertas siasatan kepada Uqasha Senrose yang pernah ditahan bersama pil Eramin 5 pada 6 Mei lalu.
Itu komen Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berhubung kes melibatkan pelakon jelita terbabit.
“Kita masih menunggu laporan patalogi hospital, hari itu laporan menunjukkan dia negatif dadah menerusi ujian saringan air kencing.
“Kertas siasatan pendakwaan sudah lengkap cuma tunggu keputusan ujian kimia patalogi, kemudian barulah kita dapat mengambil tindakan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Uqasha telah ditahan dan dibawah ke balai polis TTDI untuk membantu siasatan pada 6 Mei lalu setelah kereta SUV yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) sekitar 11.45 pagi.
Polis juga menerusi siasatan telah menemui 53 biji pil Eramin 5 bernilai RM600 dalam beg tangannya yang kini dihantar ke ujian kimia untuk mendapatkan keputusannya bagi meneruskan tindakan ke atas selebriti itu yang sedang disiasat mengikut Seksyen 12(2).
Bagaimanapun pelakon itu dibebaskan setelah dirakam keterangan  dan pil Eramin 5 yang ditemui dalam beg tangan mewah selebriti itu telah dihantar ke Jabatan Kimia.- MalaysiaGazette