TERKINI : Bayar RM500 juta jika batal HSR

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Kerajaan Singapura jika mahu membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau perlu menyemak semula perjanjian projek pengangkutan itu antara Malaysia dan Singapura terlebih dahulu.

“Kita kena bayar pampasan lebih RM500 juta. Saya belum tengok lagi perjanjian HSR tapi saya dimaklumkan bahawa kita mungkin kena bayar pampasan sebanyak RM500 juta,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di Yayasan Selangor hari ini.