Gambar Wartawan Rusia, Arkady Babchenko.
Gambar Wartawan Rusia, Arkady Babchenko.

UKRAINE- Seorang wartawan Rusia, Arkady Babchenko ditembak mati oleh seorang yang tidak dikenali di Kiev, lapor polis tempatan hari ini.

Kejadian itu berlaku di apartmen yang dihuni mangsa di Kiev.

Menurut polis, mangsa berusia 41 tahun itu meninggal dunia di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.

Menurut pegawai polis di Ukraine, suspek yang bersenjata dilihat melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Menurut siasatan awal, polis dikatakan simati pernah menerima ancaman bunuh berkaitan bidang tugas kewartawanannya.

“Mangsa (Arkady) mengalami kecederaan parah di belakang badan akibat terkena tembakan.

“Mangsa sebelum itu keluar dari kediamannya untuk membeli roti di kedai berhampiran semasa kejadian berlaku sebelum ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh isterinya”, katanya.

Ketua Pasukan Polis Ukraine berkata tidak menolak kemungkinan  bahawa motif pembunuhan adalah berkait rapat dengan perkerjaan mangsa.

Bagaimanapun, polis tidak dapat mengenalpasti identiti sebenar suspek tetapi telah mengedarkan lakaran foto fit suspek seorang lelaki berjanggut dan memakai topi besbol yang sedang diburu.

Simati pernah berkhidmat sebagai penyampai berita  di saluran Ukraine ATR TV selain menulis mengenai artikel tentera.

Sementara itu, seorang rakyat yang terkejut dengan insiden itu telah menyifatkan Ukraine menjadi negara yang tidak selamat untuk wartawan.

Di Moscow, pemimpin-pemimpin mengkritik kegagalan pihak berkuasa Ukraine dalam melindungi wartawan.

Selain itu, Ketua Majlis Hak Asasi Manusia Kremlin,Mikhail Fedotov, menyifatkan kematian Babchenko sebagai satu tindakan provokasi.-MalaysiaGazette