Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim berkata, tidak molek untuk kes seperti ini dibiarkan tertangguh sehingga enam bulan kerana akan meremehkan sistem perundangan negara.
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan sebelum ini, Tan Sri Rais Yatim meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memberikan rasional penggunaan RM40 juta untuk pesta tayangan bola sepak Piala Dunia 2018.

Rais yang juga bekas Menteri Penerangan mempersoalkan sama ada ada jumlah RM40 juta itu adalah dari pengiklan atau kerajaan.

“Ura2 nak guna RM40j utk pesta tayangan bolasepak di rtm mesti di rasionalkn oleh menteri. Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan?

“Kalau huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dgn Astro kongsi siaran. Selamatkn duit negara,” katanya dalam laman Twitter.

Rais menimbulkan persoalan tersebut berikutan keputusan kerajaan semalam mahu memperuntukkan RM40 juta bagi mendapatkan hak siaran tayangan Piala Dunia 2018 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gobind dalam sidang media selepas pengumuman tersebut berkata, kos RM40 juta itu adalah dari kerajaan dan pihaknya percaya sudah tentu akan ada penaja untuk menampung sebahagian daripada kos itu.

Keputusan untuk menayangkan Piala Dunia itu turut menjadi topik hangat apabila dalam masa yang sama kerajaan turut mewujudkan Tabung Harapan serta membatalkan beberapa projek mega dalam usaha untuk apa yang dikatakan membayar hutang negara. – MalaysiaGazette