MRT

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa (MRT3) masih perlu diteruskan pada masa hadapan bagi melengkapkan lingkaran sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Shahril Mokhtar berkata, pembatalan projek tersebut bukan satu kesalahan namun beliau berharap ia dapat diteruskan apabila kewangan kerajaan kembali mengizinkan.

“Kami patuh dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek tersebut tetapi projek tersebut amat kritikal bagi melengkapkan lingkarannya (ke seluruh kawasan Lembah Klang).

“Kami berharap apabila kedudukan fiskal kerajaan semakin baik, kerajaan akan memberi pertimbangan semula kepada projek ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Negara di sini hari ini.

Menurut Shahril, MRT Corp. tidak begitu terkesan dengan pembatalan projek berkenaan kerana ia masih dalam fasa perancangan.

“Tiada impak besar kerana kami baharu sahaja bermula, tiada kontrak besar telah diberikan. Kami baharu sahaja merancang. Masih tiada asas dan tiada apa-apa,” tegasnya,

Jajaran RT3 adalah sebahagian daripada MRT1 yang melibatkan laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh-Kajang dan MRT2 yang melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Projek tersebut sepatutnya menghubungkan keseluruhan Lembah Klang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast