Harga rokok naik mulai 1 September ini.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini menetapkan supaya harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan.

Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun 2018, namun kerajaan berpendapat barangan itu tidak boleh diturunkan.

“Ini kerana ia adalah produk yang membahayakan kesihatan dan sebarang penurunan harga jualan runcit akan dianggap sebagai bentuk promosi secara tidak langsung dan bertentangan dengan Peraturan 5A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menurut kementerian itu lagi, pengekalan harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok juga adalah selaras dengan komitmen antarabangsa di bawah Artikel 6, Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga rokok yang ditetapkan pada paras maksima RM21.50 sepaket.

Ujarnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengekalkan harga rokok semasa biarpun giat menjalankan pelbagai usaha untuk kempen kesedaran tanpa produk tembakau.

Cukai daripada jualan rokok merupakan antara sumber kewangan terbesar kerajaan terdahulu.

Pada 2014 sahaja, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumpul cili sebanyak RM3.62 bilion menjadikan ia cukai kedua terbesar negara. -MalaysiaGazette