Mohamed Salah hanya sempat beraksi selama 30 minit pada final Liga Juara-Juara selepas gara-gara dikasari Sergio Ramos.
Mohamed Salah hanya sempat beraksi selama 30 minit pada final Liga Juara-Juara selepas gara-gara dikasari Sergio Ramos.

LONDON – Penyokong Liverpool kini kembali ceria apabila penyerang, Mohamed Salah tampil memuat naik gambar yang dia mula menunjukkan perkembangan positif mengenai kecederaan yang dialaminya.

Pemain antarabangsa Mesir itu semakin bergelut dengan masa untuk memulihkan kecederaan di bahunya yang dihadapi semasa aksi final Liga Juara-Juara pada 27 Mei lalu.

Salah hanya sempat beraksi selama 30 minit selepas dikasari Sergio Ramos.

Akibat kecederaan itu, pemain berusia 25 tahun itu diragui kemunculannya pada aksi Piala Dunia di Rusia namun pasukan perubatan Mesir yakin dia boleh pulih dan akan diturunkan ketika bertemu Uruguay pada 15 Jun ini.

Malah Salah turut meluahkan keyakinan kembali pulih sebelum aksi sepak mula di Rusia apabila memuatnaik gambarnya sedang gigih menjalani rawatan pemulihan di gimnasium.

“Rasa bagus,” tulisnya di Twitter.

Selepas bergelut dengan kecederaan di bahu, Salah menerusi Twitternya meluahkan rasa yakin boleh kembali cergas untuk memperkuat Mesir pada aksi Piala Dunia.

“Saya seorang pejuang walaupun melalui malam yang sukar.

“Saya yakin akan berkunjung ke Rusia untuk membuat anda bangga. Kasih sayang dan sokongan anda memberikan saya kekuatan yang diperlukan,” katanya. – MalaysiaGazette