Debu-debu tebal dari letusan gunung berapi Fuego di Guatemala. Foto AP

GUATEMALA CITY – Tujuh orang termasuk kanak-kanak disahkan terbunuh dan hampir 300 orang lagi cedera selepas gunung api Fuego meletus.

Gunung berapi terletak kira-kira 40 kilometer (25 batu) di barat daya ibu kota Guatemala mula mengeluarkan asap hitam dan debu.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, sungai dipenuhi lava di kampung El Rodeo, memusnahkan kediaman dan membakar penduduk yang masih berada dalam rumah.

Malah, lava yang melimpah di ladang jagung turut mengorbankan banyak nyawa.

Di Guatemala City pula lapangan terbang La Aurora ditutup kerana debu.

Presiden Jimmy Morales berkata, bantuan bencana telah digerakkan.

Pakar-pakar geologi berkata, letusan gunung itu adalah yang terbesar sejak tahun 1974.

Kerajaan Guatemala menganggarkan sejumlah 1.7 juta penduduk terjejas dengan bencana alam itu. – MalaysiaGazette