Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu menegaskan, tawaran tersebut dibuat ketika UMNO berada pada paras paling bawah dan ia dibuat kerana mahu melihat UMNO kembali kepada perjuangan asal iaitu memberi khidmat kepada rakyat.

“Atas sebab itu saya tampil bukan kerana kedudukan dan kuasa tapi untuk tunjukkan kepada mereka ramai yang ada dalam UMNO masih berpegang pada prinsip perjuangan, iaitu yang mahu berkhidmat tanpa memikirkan soal kepentingan sendiri tetapi untuk agama dan negara.

“Pendek kata menawarkan diri semata-mata untuk berkhidmat selari dengan matlamat UMNO,” katanya di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga percaya UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang boleh tampil ke hadapan untuk memulihkan parti itu.

Justeru, Mohamed Khaled merancang untuk membuat penerangan menjelaskan bagaimana perubahan perlu berlaku dalam UMNO serta cara bagaimana parti itu boleh dipulih dan dibangunkan semula.

Tambahnya, penerangan itu akan dibuat menerusi pendekatan baharu dan bercadang untuk menjelajah setiap negeri bagi menerangkan idea serta perancangan yang ada.