Jose Mourinho sedang mengejar masa untuk mengikat khidmat Raphael Varane dari Real Madrid sebelum Piala Dunia Rusia 2018 membuka tirai 14 Jun ini.

ENGLAND – Bintang Brazil Fred dan pemain Porto FC, Diogo Dalot dua pemain baharu dijangka melengkapkan perpindahan ke Old Trafford penghujung minggu ini.

Namun Pengurus Manchester United dilihat tidak cepat berpuas hati sekadar dua pelaburan itu.

Laporan terbaharu di Sepanyol mendakwa Jose Mourinho mahu menambah edisi pemain baharu dengan bintang pertahanan Real Madrid, Raphael Varane.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez bercadang untuk melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu berikutan Zinedine Zidane yang meninggalkan kelab itu Khamis lalu.

Mourinho dikatakan bekerja keras di belakang tabir untuk memuktamadkan pembelian pemain itu sebelum kempen piala dunia Rusia 2018 membuka tirai 14 Jun ini.

Kehadiran Fred juga dikatakan telah menamatkan minat The Red Devils yang memasang impian utuk membeli Tony Kroos untuk memperkuatkan jentera tengah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast