Steven Bergwijn diburu Arsenal dan Liverpool untuk menguatkan jentera serangan mereka musim depan.

BELANDA – Arsenal dan Liverpool sedang mengintai penyerang PSV, Eindhoven Steven Bergwijn.

Akhbar De Telegraf di Belanda melaporkan Tottenham sebelum di dikaitkan dengan pemain itu tetapi laporan terbaharu mengatakan Unai Emery dan Jurgen Klopp berada di hadapan untuk merebut khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Liverpool telah menghantar wakil pemantau untuk menilai prestasi pemain itu musim lalu.

Kelab Belanda itu juga sebelum ini telah menolak tawaran untuk pemain itu yang datang dari Kelab Serie A, Torino musim lalu.

Pemain berkenaan diletakkan nilai £20 juta oleh kelab itu mengikut pasaran semasa.

Namun setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada kelab berkenaan mengenai maklumat tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast