SINGAPURA – Pertemuan bersejarah antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong-un, pemimpin Korea Utara dijangka diadakan di Hotel Capella, sebuah resort di Pulau Sentosa.
Setiausaha Akhbar White House, Sarah Huckabee Sander mengesahkan lokasi itu untuk pertemuan pada 12 Jun ini.
Katanya, pertemuan itu berlangsung pada pukul 9 pagi.
“Kami berterima kasih kepada Singapura yang menjadi tuan rumah,” katanya menerusi Twitter beliau.
Hotel Capella yang dibangunkan di kawasan seluas 12 hektar direka oleh arkitek British terkenal, Norman Foster.
Kemudahan yang mempunyai 111 bilik tamu dimiliki oleh keluarga Kwee daripada Pontiac Land Group. – MalaysiaGazette
















