PUTRAJAYA – Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet tidak membincangkan tentang kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan.
“Tidak dibincangkan…tidak ada di atas meja,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Sebuah media asing melaporkan kedudukan Tajuddin akan digantikan dengan orang baharu.
“Kontrak Tajuddin dijangka tamat pada Mac tahun depan tetapi kedudukannya mungkin dibincangkan semasa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini,” menurut laporan Reuters yang memetik seorang penasihat kepada kerajaan yang mengetahui perbincangan tertutup berhubung perkara itu.- MalaysiaGazette















