Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal US$10 million home
Rohana Rozhan. foto CNN

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Rohana Rozhan yang akan berkuatkuasa 31 Januari 2019.

Rohana dalam notisnya berkata, peletakan jawatan itu kerana beliau mempunyai matlamat yang lain.

Bagaimanapun, Rohana akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Astro.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.

“Lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Rohana kerana sumbangan bernilai dan penghargaan terhadap kepimpinannya bersama Astro selama lebih 20 tahun,

“Datuk Rohana adalah pemimpin yang memberi inspirasi kepada semua di Astro dengan mengetuai kumpulan mencatat pencapaian bermakna dalam industri media di Malaysia,” menurut Astro. – MalaysiaGazette