File picture

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 billion sehingga akhir tahun ini untuk menanggung subsidi harga runcit petrol dan diesel.

Tanggungan itu melibatkan subsidi sebanyak 33 sen bagi harga seliter RON95 dan diesel.

Harga jualan runcit RON95 dan diesel telah dikekalkan masing-masing kepada RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Manakala harga RON97 akan mula diapungkan pada harga RM2.66 seliter mulai hari ini sehingga 13 Jun 2018 dan akan diselaras setiap minggu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tanpa subsidi minyak, harga RON95 dan diesel akan meningkat masing-masing kepada RM2.53 dan RM2.51.

Ia berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah AS$76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara AS$87 hingga AS$88 setong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast