Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri), Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng (kiri), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Goverans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (dua kanan) di Dewan Taklimat ICU, Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 08 JUN 2018

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam melibatkan menteri hingga setiausaha politik.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada masa sekarang, dasar tersebut hanya memberi fokus kepada penjawat awam sahaja.

Justeru, beliau juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perdana Menteri melaksanakan Polisi Tidak Terima Hadiah.

“Kalau ada sesiapa hendak beri hadiah kepada saya, saya takut kepada Tan Sri (Abu Kassim Mohamed) dan tidak akan terima.

“Tetapi boleh beri bunga, buah dan makanan serta tidak boleh lebih daripada itu. Kita tolak kereta dan sebagainya yang telah diputuskan. Untuk pegawai tinggi sama juga tak boleh terima hadiah.

“Siapa yang beri, yang terima salah dan yang beri pun salah,” kata Mahathir.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC). – MalaysiaGazette