Ahmad Zahid mengunjungi Tun Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.
Ahmad Zahid mengunjungi Tun Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berminat untuk memberi sokongan kepada kerajaan baharu.

Beliau berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri semasa kerajaan Barisan Nasional itu meminta untuk bertemunya semalam.

“Beliau (Ahmad Zahid) hendak bertemu saya dan berminat untuk menyokong kerajaan. Zahid dialu-alukan sokong atau bangkang kerajaan. Itu sahaja.

“Beliau hadir atas kapasiti Pemangku Presiden UMNO,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid memuat naik gambar beliau bertemu bersama Mahathir ddi Yayasan Kepimpinan Perdana di Facebook miliknya namun tidak mendedahkan butirannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast