Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Foto FAREEZ FADZIL

KOTA BHARU – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani penularan kritikan terbuka terutama terhadap Raja-raja Melayu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata ia mesti dibendung dari peringkat awal bagi mengelak tercetusnya polemik dalam masyarakat.

“Saya tengok asas kepada Malaysia Baharu ini adalah kebebasan media. Kita akui perlunya ada kebebasan media tapi bukan bebas mutlak, (tapi) bebas yang mesti dikawal. Kalau bebas mutlak ia akan merosakkan negara.

“Jadi ada institusi yang kita boleh tegur secara terbuka dan ada yang perlu melalui saluran tertentu. Semua pihak perlu menghormati saluran-saluran yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 80 asnaf daripada 17 keluarga yang dibawa membeli-belah kelengkapan Aidilfitri di sebuah pasar raya, di sini hari ini.-BERNAMA