Kerajaan Tangkap Jho Low | Edisi MG 8 Jun 2018

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berminat untuk memberi sokongan kepada kerajaan baharu.

Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan usaha memburu Jho Low dan Datuk Shahrol Helmi untuk membantu siasatan dalam skandal syarikat pelaburan nasional 1MDB.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas mengenai perkembangan proses penahanan Jho Low, yang diketahui rakan rapat dan penasihat perniagaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Pakatan Harapan masih memburu Jho Low yang kini berada di luar negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa hanya bercadang untuk mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Datuk Seri Mustapa Mohamed antara yang disebut-sebut sebagai pemimpin UMNO yang berkelayakan untuk memulihkan parti itu bersama Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, namun Tengku Razaleigh pula sehingga kini masih berdiam diri daripada memberi reaksi berhubung perkara ini.