Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) bersama anak perantau Terengganu pada Majlis Berbuka Puasa Perantau Anak Terengganu Bersama Menteri Besar Terengganu dan Kepimpinan Negeri di Bangi Convention Centre (BCC), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) bersama anak perantau Terengganu pada Majlis Berbuka Puasa Perantau Anak Terengganu Bersama Menteri Besar Terengganu dan Kepimpinan Negeri di Bangi Convention Centre (BCC), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

BANGI – Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan sekurang-kurangnya lima peratus bayaran royalti minyak yang bakal diperoleh negeri Pantai Timur itu daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan perkara berkenaan dan sebarang pertambahan kadar bayaran royalti minyak sedia ada akan diperincikan sedikit masa lagi.

“Kadar itu akan diperincikan…sekurang-kurangnya lima peratus,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu bersama Perantau Anak Terengganu di Pusat Konvensyen Bangi hari ini.

Ahmad Samsuri mengulas kadar bayaran royalti minyak sebanyak lima peratus yang bakal dikembalikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Terengganu selepas pentadbiran negara diambil alih Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14 lalu.

Menurut Akta Kemajuan Petrolium 1974 di mana Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bersetuju membayar lima peratus daripada nilai petroleum dalam kawasan perairan negeri.

Setahun selepas Pas mengambil alih pentadbiran negeri dalam Pilihan Raya Umum pada 1999, Putrajaya memansuhkan bayaran royalti dan menggantikannya dengan “wang ihsan”.

Ahmad Samsuri juga mengalu-alukan kesediaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membayar semula royalti minyak itu kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang terhenti sejak tahun 1999.

“Isu satu langkah yang kita alu-alukan dan sudah tentunya Kerajaan Negeri Terengganu akan menggunakan peruntukan itu secara berhemah untuk kepentingan rakyat,” katanya lagi – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast