TOKYO – Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera dalam kejadian di dalam sebuah kereta laju shinkansen pada malam Sabtu.

Mangsa lelaki yang maut itu dikelar di lehernya meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Dua lagi mangsa wanita berusia 20an mengalami kecederaan pada kepala dan bahu mereka.

Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.

Suspek, seorang penganggur yang dikenali sebagai Ichiro Kojima, 22 telah ditahan polis.

Tragedi itu dilaporkan selepas lima minit keretapi itu berlepas dari stesen Shin-Yohohama pada pukul 9.42 malam.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 800 orang penumpang dalam keretapi berkenaan. – MalaysiaGazette