Produk penjagaan kulit di bawah jenama Voqq yang dipasarkan sejak tahun 2016.
Produk penjagaan kulit di bawah jenama Voqq yang dipasarkan sejak tahun 2016.

KUALA LUMPUR – Bayangkan dunia ini tanpa kecantikan. Pastinya manusia akan jadi bosan, boleh juga jadi murung.

Sebab itu kecantikan terus menjadi keinginan berterusan masyarakat khususnya wanita sama ada untuk kecantikan rupa, kulit dan tubuh.

Realitinya, kecantikan semulajadi dengan wajah bersih gebu persis kulit bayi menjadi idaman semua wanita termasuk kaum lelaki sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, khazanah alam yang kaya menyediakan sumber terbaik untuk penjagaan kulit, menjangkaui kesan bahan aktif sintetik bagi penghasilan kulit yang cantik, cerah dan awet muda.

Rahsia alam itu disingkat dan diterapkan ke dalam produk jenama Voqq yang kini sinonim dengan ekstrak buah tomato sebagai kandungan utama keluarannya.

Menyedari peluang itu, pengasas DS Pesona Beauty, Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim telah menghasilkan produk penjagaan kulit di bawah jenama Voqq yang dipasarkan sejak tahun 2016.

“Para peringkat awal perniagaan, saya banyak menggunakan produk yang terdapat di pasaran yang kebanyakannya dihasilkan berasaskan buah tomato.

“Berdasarkan maklum balas diterima, pengguna menyukai produk yang diasaskan daripada buah tomato kerana ia sangat berkesan kepada kulit mereka,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Pengasas DS Pesona Beauty, Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.
Pengasas DS Pesona Beauty, Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.

Produk Voqq diasaskan bersama isterinya, Datin Nur Samsidar Mohd. Zain yang juga memiliki spa DS Pesona Beauty.

Bermula daripada situ katanya, timbul idea untuk beliu menghasilkan produk sendiri berasaskan buah tomato untuk digunakan di spa milik isterinya itu.

Megat Sallehudin berkata, dua produk  pertama yang diperkenalkan pada ketika itu ialah krim  antipenuaan dan sabun pencuci muka, manakala produk ketiga yang dipasarkan beberapa bulan lalu ialah toner.

“Kesemua produk di bawah  jenama Voqq dihasilkan berasaskan ekstrak buah tomato. Saya memilih untuk menggunakan ekstrak tomato kerana ia mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kulit,” katanya.

Jelas beliau, buah tomato sangat kaya dengan sumber lycopene yang membantu memelihara keanjalan kulit agar kekal muda dan anjal seperti kulit bayi.

Malah katanya, lycopene juga dapat membantu mencerahkan dan menyerikan kulit kusam selain melindungi kulit daripada sinaran ultra violet, sekali gus melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.

“Bagi sabun pencuci muka, ia turut diadun bersama oat bagi membantu meneutralkan tahap keasidan kulit sehingga dapat meredakan atau rasa tidak selesa pada kulit.

“Ekstrak buah tomato juga merupakan pelembap alami dan mempunyai kesan antioksidan yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering selain membantu menjaga kelembapan kulit,” katanya.

Kesemua produk di bawah jenama Voqq dihasilkan berasaskan ekstrak buah tomato kerana mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kulit.
Kesemua produk di bawah jenama Voqq dihasilkan berasaskan ekstrak buah tomato kerana mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kulit.

Mengenai krim anti penuaan pula jelasnya, ia dihasilkan menggunakan teknologi vakum untuk menyedut udara yang boleh bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan bagi menghasilkan tekstur seperti natto.

Katanya, krim tersebut juga merupakan formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ia menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.

“Ia juga dihasilkan menggunakan proses penguraian semula jadi menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan keregangan, mengekalkan kelembapan serta kelembutan krim,” tambahnya.

Bercakap tentang toner pula, Megat Sallehudin berkata, produk itu dihasilkan selepas mendapat permintaan daripada ramai pelanggannya yang menginginkan set penjagaan kulit yang lengkap.

Seperti dua produk sebelumnya, toner turut dihasilkan menggunakan ekstrak buah tomato untuk membantu mengembalikan warna kulit yang lebih .

Katanya, produk sabun pencuci  muka dijual pada harga RM70 manakala krim antipenuaan dan toner masing-masing dijual pada harga RM75 dan RM80.

Tambah beliau, sehingga kini pihaknya telah melantik 20 pengedar sah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk memasarkan produk berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, pihaknya turut merancang untuk menambah jumlah pengedar dan menjemput mana-mana pihak yang  berminat untuk merebut peluang tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline: 019-612 8164 atau FB: voqqskincarehq , IG: voqqskincarehq dan laman web: www.voqqskincare.com.my – MalaysiaGazette