KUALA LUMPUR – Pelabur antarabangsa terus mengurangkan pendedahan dalam saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk minggu keenam inggu berturut-turut.

Berdasarkan data awal dari bursa tempatan, jumlah bersih aliran keluar oleh pelabur asing minggu lalu sebanyak RM903.1 juta, menurut MIDF Research, MIDF Investment Amanah Bank.

Sehingga hari Jumaat lepas, trend jualan telah berlarutan kepada 24 hari, tempoh paling lama sejak ‘pesta’ jualan selama 29 hari yang direkodkan pada awal Januari hingga pertengahan Februari 2014.

Firma penyelidikan itu berkata, sebanyak RM104.2 juta saham telah dijual oleh pelabur asing pada hari Isnin yang berada di bawah jumlah purata RM300 juta ersih yang dijual di minggu sebelum.

Pengurangan penyertaan asing pada hari Selasa menyebabkan aliran keluar mengecil kepada RM87.6 juta disebabkan oleh kenaikan harga saham-saham teknologi semalaman di Wall Street.

Rabu lalu, FBM KLCI melonjak sebanyak 1.25 peratus kepada 1,777 mata didorong oleh Indeks Nasdaq menempah rekod ketiga tertinggi sepanjang minggu.

Walau bagaimanapun, jualan asing meningkat lebih tinggi kepada RM134.2 juta pada hari yang sama di tengah-tengah pengumuman dasar populis oleh kerajaan baru Itali.

Tahap pelupusan meningkat kepada RM300 juta pada Khamis dan Jumaat menjelang mesyuarat G7, yang mana risiko peperangan perdagangan diperbaharui apabila Perancis dan Kanada mengancam balas dendam sebagai tindak balas kepada levi yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.

Setakat minggu lepas, jumlah aliran keluar daripada Malaysia kepada RM3.02 bilion atau AS$757.6 juta – masih rendah dalam kalangan ASEAN yang dipantau iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia. – MalaysiaGazette