Hassan Marican

KUALA LUMPUR – Tan Sri Hassan Merican hanya tersenyum ketika ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan dilantik menjadi Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Soalan itu dilemparkan media yang menunggu beliau di Menara Ilham, dekat sini.

Hassan yang pernah menerajui syarikat minyak milik negara itu disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang bakal melepaskan jawatan itu tidak lama lagi.

Beliau menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas dari tahun 1995 hingga Februari 2010.

Jawatan itu kemudian dipegang oleh Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Selepas persaraannya itu, Hassan ‘berhijrah’ ke Singapura dan dilantik sebagai pengarah di syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan negara itu SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Hassan kini merupakan antara lima panel yang dilantik sebagai Majlis Penasihat Negara sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. – MalaysiaGazette