Kapten Izham Ismail

KUALA LUMPUR- Peningkatan harga minyak global telah memberikan kesan teruk kepada prestasi Malaysia Airlines Bhd. (MAB).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Izham Ismail optimis syarikat penerbangan itu mampu kembali pulih daripada kerugian tahun depan selepas mengambil beberapa langkah terbaik untuk mengatasi impak kenaikan harga minyak.

“Tahun 2017 sangat mencabar tetapi kami sedang melakukan yang terbaik supaya MAS mampu pulih daripada kerugian.

“Kenaikan harga minyak memang memberi kesan yang sangat teruk kepada kami tetapi kami mempunyai langkah-langkah terbaik untuk menguruskan kos harga minyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata, Majlis Penasihat Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan nasional itu untuk meneruskan pelan pemulihan yang telah dilancarkan sejak 2014.- MalaysiaGazette