KUALA LUMPUR – Seramai 66,258 anggota perkhidmatan masjid akan menikmati bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM400 sebagaimana yang dinikmati oleh warga perkhidmatan awam Persekutuan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, mereka yang akan menerima bayaran tersebut ialah seramai 12,500 (imam), 8,650 (bilal), 3950 (guru takmir), 8,394 (Tok Siak/Norja/Merbot) serta 32,764 (guru KAFA).
“Kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta yang telah disalurkan kepada JAKIM.

“Pemberian akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, bayaran berkenaan tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara
Hidup Rakyat (BSHR) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan ia dimasukkan ke dalam akaun secara berasingan.

“Kerajaan Persekutuan juga telah
menyalurkan RM1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun 2018.

“Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh penerima di seluruh
negara,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast