Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan pernah diserang dan dijadikan sasaran “orang” dan “budak-budak” Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1MDB.
Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan pernah diserang dan dijadikan sasaran “orang” dan “budak-budak” Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1MDB.

KUALA LUMPUR – “Hubungan baik selama 60 tahun bersama Barisan Nasional sebagai parti komponen boleh lebur dalam sekelip mata hanya kerana BN bukan lagi peneraju kerajaan,”

Itu kata Datuk Seri Khaled Nordin berhubung tindakan parti komponen di Sarawak yang keluar daripada BN sebagai sesuatu cukup menyedihkan sehingga sanggup membuang segala kerjasama, persahabatan dan persaudaraan selama ini.

“Mereka berhak buat apa juga keputusan namun kekalahan BN pada pilihan raya umum ke 14 lalu tidak wajar dijadikan alasan untuk melupakan semua hubungan baik sesama kita.

“Malah perkara paling tidak baik dengan tindakan tersebut adalah mereka jelas mengkhianati undi yang diberikan oleh rakyat.

“Mereka menang sebab rakyat beri undi kepada calon yang membawa panji BN, bukan individu. Jadi apabila perkara ini berlaku, maka tidak salah kalau mereka diletakkan sebagai pengkhianat kepada rakyat yang memenangkan mereka”.

Khaled selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata demikian melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini sambil menyifatkan BN kini berhadapan dengan masalah besar untuk menyatu dan mengukuhkan parti komponen.

“Apabila Sarawak keluar daripada BN, Johor berpandangan penyatuan dan pengukuhan parti-parti komponen sangat diperlukan agar BN kekal relevan dan berfungsi dengan baik.

“Pada masa sama, kita harus sedar dan menerima hakikat bahawa tiada perkongsian dan pakatan seperti BN yang akan kekal selamanya.,” katanya.

Tambahnya, BN sebenarnya berada dalam situasi kritikal dalam mencari jalan masa depan yang berupaya untuk mendepani semua ini dengan baik.

“UMNO Johor sendiri akan memperhalusi perkara ini dengan sedalam-dalamnya untuk mencari jalan menangani permasalahan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast