KUALA LUMPUR – Duta China ke Malaysia, Bai Tian hari ini mengambil pendekatan menyampaikan perutusan Aidilfitri menerusi video yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook Kedutaan China di Malaysia.
“Sempena sambutan Hari Raya Puasa, saya ingin atas nama rakyat China khususnya 20 juta Muslim China mengucapkan selamat Hari Raya Puasa kepada semua rakan Muslim Malaysia sekalian.
“China dan Malaysia bagai isi dengan kuku dan bak pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga semua rakan Muslim Malaysia terus dikurniakan kesejahteraan. Sekali lagi, saya mengucapkan selamat hari raya!,” katanya dalam video bahasa Malaysia berdurasi 1.25 minit itu. — BERNAMA