SEOUL – Sekatan ke atas Korea Utara masih dikekalkan sehingga selesai penghapusan senjata nuklear, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat,
Kenyataan itu nampaknya bertentangan dengan pandangan Pyongyang yang mendakwa proses yang dipersetujui pada sidang kemuncak minggu ini akan dilaksanakan berperingkat dan timbal balik.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah mengeluarkan kenyataan bersama selepas pertemuan mereka di Singapura minggu ini yang mengesahkan komitmen Pyongyang untuk “menamatkan senjata nuklear di Semenanjung Korea’.
Manakala Trump pula menyatakan “komited untuk memberikan jaminan keselamatan”.
Trump kemudian dalam sidang akhbar memaklumkan beliau akan menamatkan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat bersama Korea Selatan.
Trump sangat jelas mengenai penghapusan nuklear dan pembebasan sekatan,” kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo kepada wartawan selepas bertemu dengan Presiden Korea Selatan dan Menteri Luar Jepun di Seoul.
“Kami perlu mendapat penghapusan nuklear yang lengkap; kemudian baru sekatan ditarik semula,” katanya.
Agensi berita Korea Utara semalam melaporkan bahawa Jong-un dan Trump telah mengiktiraf prinsip ‘langkah demi langkah dan tindakan serentak” untuk mencapai keamanan dan penghapusan nuklear di Semenanjung Korea.
Kenyataan persidangan antara dua pemimpin itu tidak menyediakan perincian bila Korea Utara akan menghapusakan program senjata nuklearnya atau bagaimana tindakan itu dapat disahkan.- MalaysiaGazette