MOSCOW – Seorang ahli Parlimen Rusia dikritik hebat selepas menggesa wanita negara itu mengelak daripada mengadakan hubungan seksual dengan lelaki asing sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.
Tamara Pletnyova dari Parti Komunis berkata, wanita negara itu perlu mengelakkan melakukan hubungan seksual dalam kalangan kaum berbeza kerana akan menyebabkan anak mereka menderita.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung ‘anak-anak Olimpik’ sambil merujuk kelahiran tinggi kanak-kanak pelbagai kaum semasa kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1980.
Pletnyova mendakwa, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu mereka telah ‘ditinggalkan’ oleh bapa mereka yang terdiri daripada warga asing.
“Anak-anak ini ditinggalkan (bapa) dan menetap bersama-sama ibu mereka. Sepatutnya, bayi dilahirkan oleh pasangan,” katanya. – MalaysiaGazette