Sesi fotografi bersama duta pakaian Jakel, Nabil Ahmad pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.
Nabil Ahmad

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengakui dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip dirinya yang akan  meninggalkan tugas sebagai hos program MeleTOP.

Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia juga pelik apabila spekulasi tempatnya bakal digantikan oleh orang lain.

Jelasnya, kontraknya sebagai hos sah sehingga tahun 2019 selepas baru menandatangani kontrak baharu.

“Saya sendiri tidak tahu menahu dan ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

“Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

“Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

“Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabil berkata, telefilem terbitan syarikat produksinya, Nabil Ahmad Production iaitu The Hantus bakal menemui penonton di Astro pada Aidilfitri nanti.

Selain itu, Nabil berkata, dia juga bakal muncul dalam beberapa program raya termasuk MeleTOP Raya dan Gegar Vaganza Raya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast