Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO tidak boleh lagi mengamalkan konsep kepimpinan mereka yang menang menerajui parti dan yang kalah lari meninggalkan parti.
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO tidak boleh lagi mengamalkan konsep kepimpinan mereka yang menang menerajui parti dan yang kalah lari meninggalkan parti.

KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO tidak boleh lagi mengamalkan konsep kepimpinan mereka yang menang menerajui parti dan yang kalah lari meninggalkan parti.

Katanya, amalan tersebut perlu dihentikan apatah lagi dalam keadaan kedudukan UMNO kini yang gagal mempertahankan kerajaannya setelah memerintah selama 60 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Kita tidak mahu ada kem dalam parti. kita bertanding seperti adik-beradik, yang menang akan memimpin parti dan yang kalah akan menyokong itu asas pemilihan yang kita akan laksanakan selepas ini.

“Kami mahu ia dibudayakan demi kerelevenan parti ini dalam kelangsungan politik matang mendampingi semua rakyat,” katannya ketika diserbu pemberita di kediaman Tengku Razaleigh Hamzah.

Johari antara pemimpin UMNO yang hadir dalam sidang media veteran UMNO yang mengumumkan secara rasmi akan bertanding untuk jawatan nombor satu parti itu dan berdepan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan 30 Jun ini.

Mengulas lanjut, katanya, perubahan menyeluruh berkenaan termasuk keputusan beliau bertanding Naib Presiden adalah demi kehendak perubahan daripada 150,000 orang ahli yang akan mengundi menentukan kepimpinan baharu UMNO kelak.

Kata bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu UMNO sentiasa mengamalkan konsep demokrasi yang kini membuka peluang sesiapa sahaja dalam parti untuk bertanding. – MalaysiaGazette