Keadaan teksi yang merempuh laluan pejalan kaki di bandar Moscow hingga menyebabkan lapan cedera. foto Reuters

MOSCOW – Sekurang-kurangnya lapan orang pejalan kaki, termasuk beberapa peminat Piala Dunia Mexico cedera selepas sebuah teksi merempuh laluan pejalan kaki.

Insiden itu berlaku tidak jauh dari Kremlin dan Red Square, lokasi yang penuh dengan para pelancong.

Rakaman CCTV yang dipaparkan di media sosial menunjukkan teksi berkenaan terbabas di laluan pejalan kaki yang dipenuhi dengan orang ramai.

Pemandu kemudian bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh orang ramai.

Polis Moscow berkata, pemandu itu adalah warga negara Kyrgyzstan berusia 28 tahun, yang kini sedang disoal siasat.

Datuk Bandar di bandar itu memaklumkan pemandu itu hilang kawalan kereta yang dipandunya.

Bagaimanapun, agensi berita Interfax Rusia memetik sumber yang tidak disebut namanya sebagai berkata, pemandu berkenaan tertidur ketika memandu teksi tersebut.

Tetapi seorang saksi pula mendakwa kemalangan itua tidak kelihatan tidak disengajakan.

“Saya mempunyai perasaan bahawa dia melakukannya dengan sengaja kerana dia berada dalam kesesakan lalu lintas dengan kereta-kereta bergerak secara perlahan,” kata Viktoria Geranovich. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast