Gambar hiasan

WASHINGTON – China mengumumkan untuk mengenakan tarif ke atas sumber semulajadi Amerika Syarikat sebagai maklum balas terhadap tarif yang dikenakan oleh ekonomi terbesar dunia.

Pengguna komoditi terbesar dunia itu berkata, ia akan mengenakan pusingan pertama tarif bernilai AS$34 bilion ke atas produk pertanian dan kereta, bermula pada 6 Julai ini.

Tarif bernilai AS$ 16 bilion juga dikenakan terhadap produk arang batu dan minyak pada pusingan kedua.

Dengan memberi tumpuan kepada pertanian dan tenaga, tarif itu dijangka mensasarkan komuniti luar bandar di negeri-negeri yang mengundi Presiden Donald Trump pada tahun 2016.

Beijing membuat pengumuman itu kurang daripada 12 jam selepas Amerika Syarikat mengumumkan senarai tarif bernilai AS$50 bilion ke atas produk-produk China. – MalaysiaGazette