KUALA LUMPUR – Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan tinggi minggu depan didorong oleh dolar US yang lemah serta kemerosotan pasaran ekuiti.
Ketua Pedagang OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata walaupun Jawatankuasa Pasaran Terbuka sudah menaikkan kadar faedah, namun berdasarkan pendirian mereka yang masih bergantung kepada data, peningkatan kadar keempat pada 2018, belum dipastikan lagi.
“Dolar US susut semalaman (menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah – ECB pada Khamis), manakala kadar pasaran ekuiti tidak memihak kepada kadar faedah tinggi,” katanya.
Seorag lagi peniaga berkata berita Presiden Donald Trump mungkin mengenakan tarif import ke atas import dari China seawal-awalnya pada Jumaat, juga menyokong prestasi emas.
“Ketiaktentuan perdagangan antara US dan China akan menggalakkan pelabur melaburkan wang mereka dalam aset selamat seperti emas,” katanya.
Pasaran niaga hadapan emas didagangkan setengah hari pada Khamis dan ditutup pada Jumaat sempena Hari Raya Aidilfitri.
Emas sebahagian besarnya tidak diniagakan di sepanjang minggu dagangan pendek ekoran kurangnya pemangkin.
Berdasarkan prestasi Khamis dengan Jumaat, Jun 2018, Julai 2018, Ogos 2018 dan September 2018 masing-masing meningkat 14 mata kepada RM166.80, RM167.15, RM167.25 dan RM167.30,
Jumlah dagangan mingguan merosot kepada dua lot bernilai RM33,300 berbanding empat lot bernilai RM66,470 pada minggu sebelumnya, manakala minat terbuka susut kepada 33 kontrak berbanding 35 kontrak. – Bernama