NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan undang-undang baharu yang membenarkan mangsa penyeludupan seks boleh menyaman mana-mana laman sesawang di negara ini yang digunakan untuk menjual tubuh mereka secara dalam talian.

Agensi melaporkan, ini merupakan antara usaha kerajaan yang melupuskan perhambaan seks dalam talian yang semakin membimbangkan.

Pengarah Dasar Awam AS, Jason Matthew yang terlibat secara langsung dalam pengubalan undang-undang itu berkata, ini merupakan usaha untuk mendakwa piahk bertanggungjawab yang memudahkan penyeludupan seks.

“Sekiranya mempunyai bukti dan berjaya menunjukkan diri telah diperdagangkan atau kenalan diperlakukan sedemikian, anda boleh dakwa mereka.

“Mereka boleh menyaman secara individu, mereka boleh memfailkan saman secara kumpulan,” katanya.

Kumpulan antiperhambaan Polaris, yang mengendalikan talian hotline penyeludupan terkemuka AS setakat ini telah menerima laporan sehingga mencecah lebih 22,000 berhunung penyeludupan seks sejak sedekad lalu. -Malaysia Gazette