Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai sebagai tanda perpisahan ketika berjalan keluar pada hari terakhir berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JUN 2018
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai sebagai tanda perpisahan ketika berjalan keluar pada hari terakhir berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mengakhiri jawatan beliau dalam kerajaan negeri berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenankan calon baru pengganti beliau.

Azmin yang kini Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagaimanapun enggan mendedahkan nama pengganti beliau sebaliknya dengan nada berseloroh berkata, usia beliau tidak ‘setua’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang berkaliber, dinamik dan berdedikasi tinggi bagi memastikan kesinambungan serta kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini terus terjaga.

“Saya tidak boleh cakap apa-apa, cuma usia beliau tidak mencecah sehingga 93 tahun. Anda akan tahu esok.

“Sultan Selangor sudah memberi perkenan untuk istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dilangsungkan esok jam 9 pagi esok di Istana Alam Shah, Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetip kad perakam waktu sebagai simbolik mengakhiri jawatan beliau selaku Menteri Besar Selangor pada jam 4.30 petang tadi.

Azmin juga dilihat sedikit beremosi ketika bertemu beberapa induvidu selain daripada sorakan daripada keseluruhan kakitangan dalam Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) hari ini.

Reaksi sedih Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika doa dibaca pada hari terakhir berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JUN 2018
Reaksi sedih Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika doa dibaca pada hari terakhir berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Selangor. foto IQBAL BASRI

Terdahulu, Azmin berkata, pihaknya telah berbincang dengan PKR bagi memutuskan siapa yang akan dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

“Saya telah mendapat pengesahan nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor. Nama terbabit akan diketahui esok dan hanya satu nama sahaja,” ujarnya ketika berucap buat kali terakhir kepada kakitangan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menjelaskan bahawa pertemuan hari ini bersama Sultan Selangor bukan yang terakhir.

“Ini bukan pertemuan terakhir dan saya akan datang semula esok untuk bertemu Sultan Selangor semula,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan ada dua nama yang disebut-sebut calon menteri besar Selangor, iaitu antara Adun Sungai Tua, Amirudin Shari yang juga Exco kerajaan negeri dan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad. – MalaysiaGazette

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/05/22/calon-mb-azmin-perlu-dapat-konsesnsu-sebelum-serah-nama-ke-istana/

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/04/azmin-letak-jawatan-mb-19-jun-ini/

BACA: http://malaysiagazette.com/blog/2018/05/22/azmin-ali-mula-tugas-di-putrajaya/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast