Polis menutup kawasan konsert Pinkpop selepas sebuah van merempuh hingga mengorbankan satu nyawa. foto BBC

AMSTERDAM – Sebuah van merempuh empat orang di konsert Bruno Mars yang berlangsung pada awal hari ini, mengorbankan satu nyawa.

Tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.

Polis dalam kenyataannya berkata, pemandu terbabit telah melarikan diri dan gerakan mengesan van putih itu sedang dilakukan.

Pihak berkuasa juga telah menghantar perkhidmatan amaran bagi membantu mengesan kenderaan Fiat Doblo dengan nombor 257 pada sebahagian daripada plat pendaftarannya.

Peristiwa itu berlaku di konsert “PinkPop”, sebuah festival popular yang diadakan di wilayah Limburg di selatan Belanda.

Susulan insiden itu, polis telah menutup salah satu laluan keluar lokasi konsert untuk tujuan siasatan. – MalaysiaGazette