OTTAWA – Kanada telah meluluskan undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja secara sosial di seluruh negara.
Akta Ganja melepasi halangan terakhirnya dalam undi 52-29 di Senat.
Rang undang-undang mengawal dan menyediakan penguatkuasaan bagaimana ganja boleh ditanam, diedarkan dan dijual.
Susulan dengan kelulusan itu, warga Kanada boleh membeli dan menggunakan dadah secara sah seawal September ini.
Kanada merupakan negara pertama dalam Kumpulan 7 yang memberi pengesahan penggunaan dadah secara sosial.
Pemilikan kanabis pertama kali menjadi jenayah di Kanada pada tahun 1923 tetapi penggunaan dalam perubatan dibenarkan sejak tahun 2001. – MalaysiaGazette