Niang berjaya memintas penjaga gol dan pemain pertahanan poland sebelum membuka gol kedua Senegal dalam aksi kumpulan H di Stadium Spartak Moscow semalam

MOSCOW – Senegal menewaskan Poland dalam aksi pertama kumpulan H di Piala Dunia Rusia 2018 di Stadium Spartak Moscos semalam.

Dalam aksi penuh dramatik itu, pasukan the Lions of Teranga itu mendahului Poland pada minit ke-37 menerusi gol jaringan sendiri pemain Poland Cionek.

Poland yang diketuai Robert Lewandowski gagal membawa impak di atas padang yang diharapkan peminat.

Senegal sejak awal lagi mempamerkan aksi yang menarik, teratur dan bijak membaca pergerakan bola lawan sehingga mematahkan segala percubaan Poland.

Babak pertama perlawanan berkesudahan 1-0 memihak kepada Senegal.

Walaupun kedua dua pasukan mempamerkan aksi serangan pantas, Lewandowski gagal mencari ruang untuk menembus kubu lawan setelah pertahanan Senegal kebal dengan pasangan Salif Sane dan Kalidou Koulibaly.

Di babak kedua, Senegal terus melancarkan serangan balas di kubu lawan dan hasilnya berjaya membuka gol kedua pada minit ke-60.

M’Baye Niang yang menerima rawatan kecederaan di tepi padang mencetuskan kontroversi apabila secara tiuba-tiba lari mengejar bola hantaran rakan sepasukan sebelum membuka gol kedua pasukan.

Pemain Poland telah mempertikaikan tindakan Niang itu namun tidak dilayan pengadil perlawanan.

Satu-satunya gol sagu hati Poland hadir pada minit ke-86 menerusi tandukan oleh Krychowiak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast