SEOUL – Sekatan ke atas Korea Utara akan kekal sehingga Pyongyang dapat memberi jaminan bahawa pemusnahan senjata nuklear dilakukan sepenuhnya.

Menteri Luar Kang Kyung-wha berkata, Korea Selatan dijangka melihat “tindakan konkrit” oleh Korea Utara untuk melaksanakan pemusnahan itu bagi memastikan jaminan keamanan.

“Sementara ini, sekatan akan tetap diteruskan sehingga kami yakin pemusnahan senjata nuklear dilaksanakan,” katanya dalam satu sidang media di sini. – MalaysiaGazette