SINGAPURA – Harga minyak dunia susut hari ini selepas Iran memberi isyarat ia boleh memenangi peningkatan kecil dalam pengeluaran minyak mentah OPEC.

Isyarat itu juga kemungkinan membuka jalan bagi pengeluar kartel untuk bersetuju peningkatan bekalan semasa mesyuarat OPEC yang dijadual berlangsung pada 22 Jun ini di Vienna.

Tehran sebelum ini telah memberi tekanan ke atas Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran.

Walau bagaimanapun, harga minyak dikekang daripada terus jatuh oleh selepas rekod kilang penapisan di Amerika Syarikat menunjukkan penurunan besar dalam inventori, menandakan permintaan bahan api semakin kukuh dalam ekonomi terbesar dunia.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$74.55 setong susut AS$0.19 berbanding harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate pula diniagakan AS$65.63 setong, jatuh AS$0.08.

OPEC bersama Rusia telah melaksanakan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak pada tahun 2017 untuk meningkatkan semula harga minyak.

Tetapi kawalan itu menyebabkan desakan bekalan dalam kalangan pengguna-pengguna utama pada tahun ini.

Buktinya, loji penapisan Amerika Syarikat memproses sejumlah 17.7 juta tong sehari pada minggu lalu, menurut data Pentadbir Maklumat Tenaga (EIA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast