Ahli Kehormat RELA yang didakwa terlibat dalam pertengkaran di jalan raya seperti ditularkan.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang mendakwa dirinya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu klip video mengenai pertengkaran di sebuah lebuh raya adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.

Sehubungan itu, KDN memohon pihak terlibat tampil membuat laporan polis supaya tindakan lanjut untuk menyiasat individu itu boleh dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

KDN juga telah memanjangkan klip video itu kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, KDN mengingatkan warga kerjanya atau mana-mana individu supaya tidak menyalahgunakan nama kementerian untuk kepentingan sendiri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast