Ardern
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern melahirkan puteri sulungnya hari ini, katanya di akaun Instagram miliknya.

Ardern, 37, merupakan Perdana Menteri paling muda dalam sejarah negara itu sekaligus merekodkan sejarah baharu apabila menjadi wanita pertama negara tersebut yang melahirkan ketika menjadi Perdana Menteri.

“Selamat datang puteriku. Berasa sangat bertuah kerana melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat seberat 3.31 kg pada jam 4.45 petang.

“Kami berdua sihat dan terima kasih kepada pasukan Hospital Auckland City yang hebat,” katanya.

New Zealand mempunyai reputasi progresif dan merupakan negara pertama yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi pada 1893 dan Ardern merupakan perdana menteri wanita yang ketiga untuk negara tersebut.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast