Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Low Taek Jho (Jho Low) terlibat dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah, beliau juga tidak ada kawalan apa yang dilakukan oleh Jho Low.

“Saya tidak pernah memberinya arahan tetapi beliau yang sukarela untuk melakukan kerja-kerja tertentu, yang menurutnya dapat membantu 1MDB.

“Tetapi apa yang dilakukannya (Jho Low) pada akhirnya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga,” kata bekas perdana memteri itu dalam wawancara bersama Reuters.

Ia merupakan kali pertama Najib bercakap mengenai Jho Low yang didakwa oleh pasukan penyiasat Amerika Syarikat dan Malaysia sebagai individu penting dalam siasatan skandal 1MDB.

Najib berkata, beliau merasakan Jho Low mempunyai hubungan baik dengan Asia Timur dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, yang boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Bekas perdana menteri itu tidak menolak Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkawan baik tetapi tidak menyedari jika wujud sebarang kaitan melibatkan dana 1MDB dalam syarikat pengeluaran filem Hollywood oleh Riza.

Riza telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street, selain filem-filem lain.

Ditanya sama ada Najib masih berhubung dengan Jho Low, beliau berkata:

When asked if he was still in touch with Low, Najib said: “Kami tidak berhubungan lagi. Saya tidak tahu di mana dia berada”. – MalaysiaGazette