Sebahagian penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2018) yang berpendapatan isi rumah dari RM3001 hingga RM4000 beratur menebus wang tunai peringkat pertama sebanyak RM300 menggunakan Baucar BR1M pada Majlis Pelancaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2018) Peringkat Kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2018
Sebahagian penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2018) yang berpendapatan isi rumah dari RM3001 hingga RM4000 beratur menebus wang tunai peringkat pertama sebanyak RM300 menggunakan Baucar BR1M pada Majlis Pelancaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2018) Peringkat Kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2018

PUTRJAYA – Pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan terdahulu adalah langkah baik cuma nilai pemberian tersebut tidak setimpal dengan kadar kemiskinan setiap isi rumah di Malaysia, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri tidak menafikan bantuan tersebut membantu meringankan golongan miskin namun ia akan dikaji semula bagi memastikan pemberian tersebut lebih adil khususnya kepada mereka yang memerlukan.

“BR1M itu bagus, RM7 bilion lebih daripada peruntukan Kementerian Wanita kerana hanya dapat RM21 juta sahaja.

“Satu isi rumah anak lapan, satu lagi anak seorang tapi dapat jumlah sama… itu tidak menunjukkan  BR1M itu menolong. Katakan di Sabah atau Kelantan adalah paling miskin ketara namun pemberian BR1M tidak setimpal  dengan kadar kemiskinan yang didapati,” kata beliau semasa sidang media di pejabatnya.

Jelas Wan Azizah lagi, pemberian BR1M tidak mencapai sasaran kerana terdapat mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas turut menerima bantuan wang tunai tersebut.

“BR1M ini tidak diberi terus kepada sasaran… ada yang dapat gaji lebih daripada RM3,000 tapi masih lagi dapat,” ujarnya.

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast